Literasi Maklumat
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Ke Arah Pengajaran & Pembelajaran Abad ke-21
BBM online
BBM online ini dicipta bertujuan untuk memudahkan proses pembelajaran pada alaf baharu ini. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.
a) Inspirasi dan kreativiti
Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.
b) Menjadikan dialog bersifat komunikatif
Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.
c) Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna
Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.
d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikal
Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.
e) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi
Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.
Namun pada laman ini, BBM online ini menggunakan unsur media iaitu video bagi membantu. Ia melibatkan guru dan pelajar apabila mereka berbincang dan meninggalkan komen-komen berunsur ilmiah yang berkait rapat dengan video tersebut. Disamping itu, para pelajar juga diarahkan untuk menghasilkan peta i-Think dan soalan berdasarkan konstruk KBAT yang telah diberi.