top of page
Literasi Maklumat
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Ke Arah Pengajaran & Pembelajaran Abad ke-21
6. Peta Alir
PETA ALIR
(FLOW MAP)
Proses Pemikiran
URUTAN
(SEQUENCING)
Langkah Membina Peta Alir
1. Tuliskan tajuk (nama acara / langkah)
2. Lukiskan sebuah segiempat tepat di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk
menghasilkan / membina / membuat .....
3. Lukiskan anak panah mengarak ke sebelah kanan.
4. Lukiskan segiempat tepat yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan carta aliran bermula dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya.
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan petak kecil di bawah langkah utama berkenaan.
Soalan - soalan Berkaitan
1. Apakah nama bagi acara / peristiwa ini?
2. Nyatakan langkah / peringkat bagi setiap peristiwa?
3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu?
4. Apakah langkah pertama yang perlu ditulis sebelum dan selepas peringkat yang sedang dibincang?
5. Apa yang berlaku selepas itu?
6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini?
Penggunaan & Kata Kunci
PENGGUNAAN
PETA ALIR
-
Sains (Proses dan kitar hidupan)
-
Penyelesaian masalah
-
Peristiwa sejarah dan garis masa
-
Proses menanam sayuran
KATA KUNCI
-
Susunkan mengikut aturan yang betul
-
Ceritakan / kira semula
-
Kitaran
-
Tunjukkan proses
-
Selesaikan masalah .....
-
Mengkaji corak (trend)
Contoh Hasil Kerja Murid
bottom of page