top of page

7.  Peta Pelbagai Alir

PETA PELBAGAI ALIR

(MULTI - FLOW MAP)

Proses Pemikiran

SEBAB DAN AKIBAT

(ANALYZING CAUSE & EFFECT)

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir

1.   Digunakan untuk menggambarkan / mengillustrasikan analisa sebab dan akibat.

2.   Lukiskan rajah segiempat tepat di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.

3.   Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam petak berasingan.

4.   Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.

5.   Tuliskan beberapa akibat peristiwa tersebut dalam petak di sebelah kanan peristiwa.

6.   Sambungkan peristiwa dan akibat dengan anak panah mengarah ke kanan.

Soalan - soalan Berkaitan

1.   Apakah sebab dan akibat peristiwa ini?

2.   Mengapakah peristiwa ini berlaku?

3.   Apakah akibat daripada berlakunya peristiwa itu?

4.   Apakah kesan daripada peristiwa ini?

5.   Apakah pengajaran disebalik peristiwa ini?

6.   Apakah yang akan berlaku jika ..... berlaku?

Penggunaan & Kata Kunci

PENGGUNAAN

PETA PELBAGAI ALIR

 

  • Analisa sejarah

  • Membaca dan meramalkan kejadian

  • Pengurusan sikap

     

KATA KUNCI

 

  • Sebab dan akibat

  • Bincangkan akibatnya / pengajaran

  • Apakah yang akan berlaku sekiranya .....?

  • Jika ..... maka .....

  • Terangkan perubahan .....

  • Kenalpasti pengajarannya

  • Kenalpasti keputusan daripada .....

Contoh Hasil Kerja Murid

bottom of page