top of page

4.  Peta Pokok

PETA POKOK

(TREE MAP)

Proses Pemikiran

MEMBUAT PENGKELASAN

(CLASSIFYING)

Langkah Membina Peta Pokok

1.   Tuliskan tajuk / topik utama di bahagian atas dan gariskan.

2.   Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan / kategori.

3.   Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengkelasan.

4.   Senaraikan contoh / penjelasan bagi setiap kategori.

5.   Gariskan setiap contoh yang ditulis.

Soalan - soalan Berkaitan

1.   Bagaimana anda mengasingkan semua maklumat yang telah dikumpulkan?

2.   Bolehkah anda mengasingkan / mengkelaskan objek-objek ini mengikut kumpulannya?

3.   Apakah idea / penjelasan yang menerangkan / menyokong idea utama ini?

4.   Apakah contoh bagi setiap kategori ini?

5.   Adakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah dipilih?

6.   Adakah cara yang lebih baik untuk mengkelaskan bahan / alatan ini?

Penggunaan & Kata Kunci

PENGGUNAAN

PETA POKOK

 

  • Mengkelaskan kumpulan haiwan

  • Mengkelaskan jenis alatan muzik

  • Mengkelaskan elemen penting cerita

KATA KUNCI

 

  • Kelaskan

  • Asingkan

  • Kategorikan

  • Kenalpasti antara idea utama dan penjelasannya.

Contoh Hasil Kerja Murid

bottom of page