top of page

1.  Peta Bulatan

PETA BULATAN

(CIRCLE MAP)

Proses Pemikiran

MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS

(DEFINING IN CONTEXT)

Langkah Membina Peta Bulatan

1.   Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

2.   Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalamnya.

3.   Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.

4.   Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk

      menjana idea (proses sumbangsaran).

5.   Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan

      daripada pelbagai pihak.

Soalan - soalan Berkaitan

1.   Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik?

2.   Bagaimana anda tahu tentang .....?

3.   Apakah anda tahu bahawa .....?

4.   Bagaimana mendefinisikan / memperkenalkan idea / topik ini?

5.   Apakah yang anda terfikir tentang .....?

Penggunaan & Kata Kunci

PENGGUNAAN

PETA BULATAN

 

  • Meningkatkan kosa kata

  • Sumbangsaran idea dalam penulisan

  • Menguji pengetahuan sedia ada murid

  • Menguji pemahaman murid selepas PdP

KATA KUNCI

 

  • Konteks / senaraikan

  • Jelaskan

  • Tuliskan semua yang anda tahu .....

  • Sumbangsaran

  • Kenalpasti

  • Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada

  • Meneroka makna / maklumat

     

Contoh Hasil Kerja Murid

Copyright © 2015 by Gadessa Team

PSS SMK DATO' HAJI TALIB KARIM, ALOR GAJAH, MELAKA.
Sesuai dalam paparan IE versi 8.0 ke atas, Google Chrome 31.0 ke atas dan Mozilla Firefox versi 20.0 ke atas.
Resolusi sesuai adalah 1024 x 768

bottom of page