Literasi Maklumat
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Ke Arah Pengajaran & Pembelajaran Abad ke-21
FAKTA DAN MITOS
Bahagian ini cuba menjawab soalan yang sering ditanya. Dengan penjelasan yang diberikan ini anda akan lebih bersedia untuk memperkenalkan peta pemikiran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan juga soal jawab yang disediakan ini dapat melegakan rasa risau anda sebagai seoarang guru atau murid yang akan memperkenalkan penggunaan peta pemikiran kepada murid buat pertama kalinya dan para pelajar yang bakal mengaplikasikannya di dalam pembelajarannya.
Sebagai seorang guru yang akan memperkenalkan peta pemikiran dalam PDP buat kali pertama mungkin terdapat banyak keraguan dan persoalan yang timbul. Para pelajar pula kurang faham dan tidak yakin dengan cara penggunaan peta I-think ini. Diharap jawapan yang disediakan akan dapat melengkapkan diri anda untuk menyahut cabaran ini.
01
Mengapakah murid mesti menggunakan peta pemikiran dalam semua mata pelajaran?
Jawapan:
Murid tidak semestinya semua peta pemikiran dalam satu tajuk atau mata pelajaran . Murid perlu menyesuaikan peta dengan tajuk pembelajaran. Dalam usaha membudayakan kemahiran berfikir, peta pemikiran diperkenalkan sebagai salah satu alat berfikir yang dapat meningkatkan aras pemikiran murid.
02
Saya keliru antara Peta Dakap dengan Peta Pokok. Apa perbezaannya?
Jawapan:
Proses berfikir yang membezakan antara satu sama peta dengan peta pemikiran yang lain. Peta dakap adalah untuk menunjukkan perhubungan antara keseluruhan dengan sebahagian mengenai sesuatu objek fizikal. Contohnya peta dakap digunakan untuk menunjukkan hubungan bahagian-bahagian kereta yang menjadikan keseluruhan kereta. Manakala peta pokok menunjukkan pemikiran mengelas atau mengkategorikan sesuatu sebagai contoh jenis kenderaan boleh dikategorikan seperti berikut kenderaan darat, udara, dan laut.
03
Adakah penggunaan peta pemikiran dalam proses PDP menyulitkan dari segi pengurusan masa?
Jawapan:
Tidak, Peta pemikiran adalah alat untuk membantu peningkatan kemahiran berfikir.
04
Perlukah templet peta pemikiran sentiasa disediakan?
Jawapan:
Tidak, Templet peta pemikiran amat berguna pada peringkat awal apabila guru hendak memperkenalkan penggunaannya. Selepas murid telah memahami konsep peta pemikiran, maka murid-murid boleh melukis peta pemikiran mengikut keperluan tugasan.
05
Adakah penggunaan peta pemikiran ini akan menjejaskan pembelajaran murid yang akan menduduki peperiksaan awam (tahun 6, tingkatan 3,tingkatan5)?
Jawapan:
Tidak, peta pemikiran atau alat pemikiran yang lain dapat membantu murid mengulangkaji pembelajaran.
Benarkan guru berasa tertekan dengan penggunaan peta pemikiran dalam PDP?
Jawapan:
Ya, sekiranya mereka menggunakan peta pemikiran sebagai bahan bantu mengajar dan bukan sebagai alat berfikir. Perlu diingati bahawa dapatan telah membuktikan peta pemikiran ini sebagai alat berfikir dalam PDP.JANGAN RASA TERTEKAN !
06
07
Adakah peta pemikiran satu-satunya alat untuk menggalakkan murid berfikir dalam proses PDP?
Jawapan:
Peta pemikiran hanya merupakan salah satu daripada alat berfikir. Selain itu, mereka boleh menggunakan peta minda yang lain seperti Habits of Minds, Thinking Hats, Thinkers Keys, Clustering, Three Story Intellects, Scamper, Route Technique, DATT, Mrs. Potter's Questions, CORT, Mind mapping, Critical Thinking, Brainstorming and the Thinking Sandwich.
Untuk maklumat lanjut sila
Adakah pelestarian program i-THINK akan menjerumus ke arah Pembelajaran Berpusat Murid?
Jawapan:
Ya, Semua guru hendaklah memberi murid peluang menggunakan peta pemikiran dalam pembelajaran di mana guru bertindak sebagai fasilitator.
10
Pasukan pemandu rasa agak terbeban apabila Guru Besar/Pengetua meminta mereka memberi taklimat di luar sekolah kerana ilmu mereka pun belum mantap dan masih belum mantap dan masih dalam menyebar luas dan program i-THINK?
Jawapan:
Jangan rasa takut atau tertekan apabila Guru Besar/ pengetua meminta pasukan pemandu berkongsi ilmu mengenai peta pemikiran. Apa yang pasukan pemandu perlu berkongsi adalah:
a) Apa itu peta pemikiran dan carta Q-matrik?
b) Bagaimanakah hendak menggunakannya?
Pasukan pemandu digalakkan menganggap sesi taklimat itu sebagai sesi perkongsian pengalaman proses pembelajaran sahaja.
09
Perlukan guru mencatatkan peta pemikiran yang digunakan dalam Buku Rekod Mengajar?
Jawapan:
Guru digalakkan mencatat peta pemikiran yang digunakan dalam PDP.