Literasi Maklumat
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Ke Arah Pengajaran & Pembelajaran Abad ke-21
Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Terdapat pelbagai definisi kemahiran berfikir yang dikemukakan oleh tokoh pemikir tentang maksud sebenar kemahiran berfikir. Pendapat tokoh pemikir seperti George (1970), Edward de Bono (1976), Mayer (1977), Chaffee (1988), Vincent Ryan Ruggiero (1984) dan John Barell (1991) mengaitkan kemahiran berfikir dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Schmalz (1973) menegaskan KBAR termasuk kemahiran kognitif mengingat semula dan kemahiran mengaplikasi konsep serta pengetahuan dalam situasi biasa atau konteks yang lazim.
Quellmalz (1985) menghuraikan bahawa murid akan menggunakan KBAT seperti menganalisis, banding beza, merumus, mentafsir, menilai dan menjana idea apabila diberikan sesuatu tugasan untuk diselesaikan.
Lewis & Smith (1993) berpendapat KBAT berlaku ketika seseorang individu menerima maklumat baharu, memproses maklumat tersebut, membuat penilaian seterusnya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang bukan lazim.
Tomei (2005) menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran menganalisis, sintesis, menilai dan menghasilkan sesuatu idea yang baharu.
Oleh itu, kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Kemahiran berfikir terdiri daripada dua peringkat pemikiran iaitu KBAR dan KBAT.
"keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu"
Definisi Kementerian Pendidikan Malaysia pula mengambil kira input daripada pelbagai pakar dan tokoh-tokoh pemikir tersebut. Oleh itu, KBAT ditakrifkan sebagai
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)
Maka KBAT berfokus kepada :
Berdasarkan pendapat dan huraian daripada tokoh-tokoh pemikir di atas, KBAR diakui sebagai kemahiran asas yang diperlukan oleh individu sebelum menguasai KBAT.
SUMBER :
-
Buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, KPM, 2013. Muka surat : 71-72