


Literasi Maklumat
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Ke Arah Pengajaran & Pembelajaran Abad ke-21
Penulisan Item KBAT
Item KBAT merupakan item-item yang mentaksir kemahiran kognitif menganalisis, menilai dan mencipta. Walaubagaimanapun item KBAT juga boleh mentaksir kemahiran kognitif aplikasi dalam situasi baharu untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Item-item KBAT menguji keupayaan murid untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Langkah 1
Langkah 2
Menentukan Konstruk, Konteks dan Aras Kesukaran
Contoh : Konstruk : Mengaplikasi
Konteks : Tingkatan 1 / Alam Kehidupan / Kepupusan Spesis
Aras kesukaran : Sederhana
Pengetahuan Sedia Ada : Kepupusan haiwan terancam
Menentukan Jenis Item
Item respons terhad dan respons terbuka
Langkah 3
Menentukan Jenis Evidens
Fakta dan keupayaan menilai.
Langkah 4
Merancang stimulas yang berkaitan dengan konteks untuk mentaksir konstruk
Contoh : Stimulas yang digunakan ialah :
(i) Maklumat 1 : - foto yang berkaitan dengan aktiviti penebangan hutan.
(ii) Maklumat 2 : - petikan dan foto yang berkaitan dengan haiwan yang hampir pupus.
(iii) Maklumat 3 : - carta garis yang berkaitan dengan bilangan spesis tapir Malayan dan badak Sumatra di Malaysia.

Langkah 5
Menulis Item

Langkah 6
Menulis peraturan pemarkahan / rubrik penskoran

Langkah 7
Menilai item berdasarkan sistem 9-point dan ciri item KBAT

Contoh Item 1
Contoh 1 : Sains
Konstruk : Penaakulan, analisis, mencipta.
Konteks : Biodiversiti
Aras Kesukaran : Sederhana
Pengetahuan Sedia Ada : Dua jenis ekosistem
Item Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)

Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Contoh Item 2
Contoh 2 : Sejarah
Konstruk : Mengaplikasi, Menilai
Konteks : Sejarah Melaka
Aras Kesukaran : Tinggi
Pengetahuan Sedia Ada : Murid tahu sejarah Parameswara
Tugasan anda :
1. Buat satu kajian untuk mendapatkan maklumat mengenai Parameswara, asal usul negeri Melaka, perjalanan beliau dari Palembang ke Melaka dan kegigihan Parameswara mengasaskan negeri Melaka melalui media cetak atau elektronik. Anda juga boleh merujuk orang sumber atau pakar sejarah bagi mendapatkan maklumat ini.

2. Anda dikehendaki menghasilkan rencana mengenai asal usul Parameswara, perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka, terbitnya nama Melaka, usaha dan kegigihan beliau membuka negeri Melaka. Rencana ini akan dihantar kepada sidang pengarang Buletin Sejarah untuk diterbitkan.
Kemahiran yang ditaksir untuk mata pelajaran Sejarah ialah:
(a) menganalisis peristiwa pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
(b) menceritakan asal usul nama Melaka
(c) mengkaji dan menganalisis perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka
(d) menilai kegigihan dan wawasan Parameswara
(e) menjana idea kreatif berdasarkan peristiwa bersejarah
(f) menghubungkaitkan sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan
Rubrik Perskoran


Contoh Item 3
Contoh 3 : Geografi
Konstruk : Analisis
Konteks : Migrasi Antarabangsa
Aras Kesukaran : Tinggi
Pengetahuan Sedia Ada : Pekerja Asing

Keratan akhbar menunjukkan negara Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.
1. Berdasarkan keratan akhbar di atas,
(a) Pada pendapat anda, mengapakah negara kita menjadi tumpuan pekerja asing?
(b) Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya tiada sekatan kemasukan pekerja asing dalam
memenuhi keperluan tenaga buruh?
(c) Setujukah anda kemasukan pekerja asing perlu diberhentikan. Berikan alasan anda.
(d) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memenuhi permintaan tenaga kerja.


Contoh Item 4
Contoh 4 : Geografi
Konstruk : Kemahiran Menganalisis
Konteks : Piramid Penduduk
Aras Kesukaran : Tinggi
Pengetahuan Sedia Ada : Piramid Penduduk

1. (a) Berdasarkan rajah piramid penduduk di atas, kemukakan kesan terhadap pembangunan
negara 20 tahun akan datang.
(b) Pada pendapat anda apakah kesan terhadap sosioekonomi negara sekiranya trend kahwin
lewat dan mementingkan kerjaya menjadi amalan masyarakat kini.
(c) Cadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi menampung pertambahan golongan tua.

SUMBER :
-
Buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, KPM, 2013. Muka surat : 79

SUMBER :
-
Buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, KPM, 2013. Muka surat : 81-83

SUMBER :
-
Buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, KPM, 2013. Muka surat : 86-87

SUMBER :
-
Buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, KPM, 2013. Muka surat : 122-124

SUMBER :
-
Buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, KPM, 2013. Muka surat : 130-132

SUMBER :
-
Buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, KPM, 2013. Muka surat : 134-135
