top of page

Proses Literasi Maklumat

 

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

 

 

GRID 1 : MENENTUKAN

 

  • Apakah sebenarnya yang saya harapkan mereka cari?

  • Apa yang saya harap mereka persembahkan?

  • Adakah saya akan memberi mereka peluang membuat pilihan?

  • Adakah saya memberi mereka peluang untuk berbincang tentang apa yang mereka telah ketahui?

  • Adakah mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mencari dan menggunakan maklumat tersebut?

  • Bagaimana saya boleh membantu?

  • Adakah mereka sudah bersedia untuk memulakan kerja?

GRID 2 : MENCARI

 

  • Di mana boleh mereka mencari maklumat?

  • Adakah sumbernya mencukupi?

  • Adakah sumber yang ada mengikut tahap kebolehan mereka?

  • Bolehkah mereka mengesan sumber yang ada?

GRID 3 : MENGGUNA

 

  • Bolehkah mereka menggunakan pelbagai bahan untuk mendapat maklumat yang sesuai bagi keperluan projek?

  • Bolehkah mereka menggunakan kemahiran “skimming”,”scanning” dan kemahiran- kemahiran yang lain?

GRID 4 : MENCATAT

 

  • Bolehkah mereka membuat pilihan untuk mencatat nota daripada maklumat yang diperolehi?

  • Adakah mereka mempunyai kemahiran mencatat nota?

GRID 5 : MELAPOR

 

  • Adakah mereka berkebolehan menganalisis dan mengumpul maklumat itu daripada pelbagai sumber untuk dipersembahkan dalam beberapa bentuk dan cara, yang menarik dan berkesan?

GRID 6 : MENILAI

 

  • Adakah mereka diberi peluang menilai pencapaiannya sebagai penyelidik mengikut proses kemahiran maklumat?

  • Adakah hasil kerja pelajar dinilai berdasarkan pembelajaran yang dilalui?

Please reload

SUMBER :

  • Power Point, Kursus Pemantapan Asas Pengurusan PSS, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN, 2014.

bottom of page