top of page

Pengertian Taksonomi

 

Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,kesikapan dan psikomotor.

 

Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-

  • Domain Kognitif - melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.

  • Domain Afektif - melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar

  • Domain Psikomotor - melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar

 

TAKSONOMI BLOOM

  • Dalam tahun 1956, Pr. Benjamin Bloom, daripada Universiti of Chicago, memperkenalkan Taksonomi Objektif Pendidikan (Taxonomy Of Educational Objectives) yang termasyhur itu. Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan panorama objektif pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema kemahiran yang bertingkat-tingkat(hierarki).Keseluruhan Objektif Pendidikan ini terbahagi kepada tiga domain yang besar iaitu:

  • Kognitif

  • Afektif

  • Psikomotor

SUMBER :

  • Buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi,  Lembaga Peperiksaan, KPM, 2013. Muka surat : 32

bottom of page